Lokasi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Masjid Negeri yang baru terletak di bahagian utara tebing Tasik Shah Alam. Ia terletak di satu kawasan yang lebih tinggi daripada kawasan bandar, kawasan yang paling sesuai bagi sebuah bangunan penting dan penuh makna seperti masjid negeri. Sultan Salahuddin menitahkan masjid baru dibina untuk memuatkan kira-kira 20,000 jemaah, sejajar dengan ramalan perkembangan penduduk di Shah Alam iaitu kira-kira 250,000 orang menjelang tahun 2000.

Sultan Salahuddin juga bertitah bahawa rekabentuk dan seni binanya adalah tradisional. Bangunan masjid akan menjadi tanda mercu di pusat bandar itu.